About Me

My photo
aq nie...simple jewk ornyer.. smnjk dowk kat hostel...selere mkn aq bertmbh..mklmlah...1 ary mkn 5 kali..tpi aq sukew travel even x prnh g luar negarer...aq sukew tgk matahari terbenam..cntek gilewkk

Followers

Friday, September 25, 2009

untuk insan llki!


Adam,mengertilah... Hawa bukanlah insan yang kuat.. bukan juga insan yang bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dengan godaan syaitan+nafsu sendiri..

Adam,mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaikbaiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume+make up+perhiasan... telah Hawa elakkan sejauhjauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa yang serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tahu permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah... Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu.. mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam.. jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..

Adam,mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yang Hawa pinta... tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Thursday, September 17, 2009

gmbor!!

mao ltk gmbor mse xtvt week!!!

sahabat

aku mengimpikan seorang sahabat
yang memahamiku
yang sentiasa di sampingku
yang ada waktu suka dan dukaku
yang tidak mengiyakan setiap perbuatanku

aku merindui
wajah seorang sahabat
yang tenang mukanya
yang baik hatinya
yang bagus akhlaknya
yang menegurku saat melakukan kesilapan...